Wednesday, 29 May 2013

- Spaghetti Bolognese.

Hi There !
Orait, kat sini aku nak citer pasal secret recipe spageti aku. Memandangkan Bard, Zaki and Adha suka,
so, aku kira benda tu memang sedap .
Recipe ni dari Pakcu aku yang telah direnovate oleh aku. Yeayy.




Bahan-bahan
Sebungkus spageti
Sos Tomato                                       (aku guna sos live)
Sos Prego Mushroom                            (green colour)
Daging cincang / daging burger ramli       (potong dadu)
2 Bawang besar                                     (potong dadu)
2 Lada holland                                       (potong dadu)
2 Tomato merah                                     (potong dadu)
1 Tin cendawan shitake                          (potong dua)
Garam secukup rasa
Minyak zaitun / minyak masak pun boleh.
Lada sulah

Cara-cara
Spagetti
- Rebus Spagetti , bila dah lembut,  toskan dan angkat. Ketepikan.
Sos
- Masuk minyak zaitun sedikit, masukkan daging dan lada sulah. Goreng. Kemudian masukkan bawang
   merah, tumiskan.
- Masukkan sos prego dan masukkan sedikit air kedalam tin dan masukkan air tersebut.
- Masukkan lada holland, tomato, cendawan.
- Masukkan sos tomato ikut citarasa, dan masukkan garam secukup rasa.
- Biar mendidih dan masak dengan api perlahan sehingga kuah tersebut menjadi pekat.
- Taraaaaaa.. Siap untuk dimakan. Nyum !
- Try, and love it.











Monday, 18 March 2013

- Happy Bornday

Salam, heyp, sorry cuz  lama tak post bout me .
very 1st thing, I love 18/3.
Yup, tadi la tu tarikh tu. Sebab suka ? Thats my birthday.
For whole day aku happy sangat-sangat dari pagi hingga malam.
Bersyukur sangat-sangat ke hadrat ilahi kerana Dia aku lahir dan masih bernafas.
Thanks to my lovely mom cuz lahirkan adik di dunia ini.
Love you mom!

Okay, aku story cikit pasal tadi :D
Pagi jam 12.09 My Dear wish me happy birthday and disusuli dengan
member KK yang macam muka zaki tu , its Khair Fitri . Yeayy.
Pagi tu ada free call.
I call Hakim, yeayy.

Dia nyanyikan lagu happy birthday and lagu selamat ulang tahun by imran ajmain.
Awwwww, so sweet. Untung larh orang tu suara sedap.
Melting dengar weyy huhu.
Time tu tak terkata apa terharu kot.
Sembang-sembang then dapat call kejap je 1 jam 30 minit.
But best sangat dapat dengar suara dia.
Love youu  :]


Jam 6.08 aku bangun pagi, lambat bangun punca sebab tidur jam 2 sebab bergayut.
Tapi watlek jer bas sampai lambat.
Sampai er sekolah, duduk kelas 5 Rafflesia kejap.
Shasha sampai, sha bagi hadiah.
Huhu, segan tadi nak ambil. Trimas dear :D

Then ada perhimpunan cam biasa.
Aku pengawas kena jaga barisan tapi aku main-main.
Then time Pn. Halimaton berucap.
Aku tak fokus sangat,
beliau cakap pasal guru penyayang.
Tengah beliau best-best berucap, tiba-tiba dia umum pasal
mentor menti.
Then tibatiba beliau sebut pasal hari jadi,
Aku tak berapa ingat ayat beliau. Aku taip apa yang aku ingat je.

" Dipersilakan Nurul Aishah Bt Arifin naik ke pentas bersama mentor beliau Pn Masfupah"
aku tengah main-main terkejut tersentak nama kena panggil.
Pergh kauuu, naik pentas potong kek dengan  Pn. Mas.
Gila tak menggelabah ?
Cikgu, pelajar, member semua pandang aku, tengah segan-segan tu aku potong kek,
cikgu mas pegang tangan aku, dah potong tu,
beliau suapkan aku, pergh weyyy, malu kot.
Naim dengan Afiq watlek snap pic.
Then Pn. Halimaton suruh ak suap ckg, tapi Pn. Mas terus hug aku.
Aku terdiam seketika.

Aku rasa aku sedang mimpi kejap. Muahaha.
Then aku turun, member tanya .
"wey, bufday kau ke? Hahhaha, happy birthday beb "
Aku masih lagi blur-blur dengan malu gila.

Then disusuli dengan bufday siapa yang bulan march.
Yup, seumur hidup aku, tak pernah aku kena raikan bufday cam tu sekali.
Bersyukur sangat kepada Allah.

Then Laili bagi hadiah kat aku. Thanks Ratu laici.

Time rehat, cikgu bagi kek yang aku potong tadi . Aku makan and bagi shasha sikit.
time nak basuh piring tu dekat makmal bio,
ada kelas 4acc , pergh boleh pula Azim and the gang nyanyi lagu happybirthday.
Aiseyy, malu kot xD.

sehari suntuk orang duk ucap happy birthday.
Lastly, Haikal last wish time nak balik dekat pagar sekolah.

Dari pagi, hingga malam hari yang awesome bagi aku.

Yeay, dapat baju dari ma tersayang semalam.















Thursday, 24 January 2013

Hamster

Hiii there, okay dah lama tak post benda baru .
Tiba-tiba rasa nak post bila nana sebot pasal blog semalam.
Aku spent masa utk korang taip pasal hamster ni sambil buat hw math heh.

Yeayyy, nak citer pasal pets ni, okayy,
aku ada bela satu benda nama hamster, 1stly,
hamster ni BUKAN tikus yang jijik cam kat longkang bosau2 yang bosau tahap dewa tuh ek,
hamster ni tikut  1000 bintang k,
okay, hamster ni haiwan yang comel, senang dibela, and penyayang setelah dijinakkan.
Yang paling best time hamster tu nak makan. Comel jer.
Kos ? Senang bela ker tak ? Cam mahal jer ?
weyy!! Tak geli kerr. Okay, semua benda tu aku dah lali.

Nak bela hamster ni tak mahal, kalau kau ada RM100, kira dah boleh on
nak jaga benda ni kot.
Hamster ada banyak jenis, yang aku tahu
Syrian, Campbell, Winter white, Roborovski,and Chinese.
Yang pernah aku jaga Campbell and Syrian.
benda basic nak jaga menatang nih,
korang perlukan bedding, food, water, cage, sand bath and paling penting hamster.
Nak jaga hamster ni tak boleh sesuka hati mak tiri korang jer nak main kacuuk or campur
ada jenis-jenis dia jer boleh mix.
Cam campbell boleh mix dengan winterwhite shj,
then yang lain2 semua kena dengan speasis dia jer. Kalau tak perang dunia weyy. (ambusshhhh!)

Okay, malas citer pasal hamster ni sangat, nanti panjang citernya.
camni, hamster aku yang betina dah berjaya dengan jayanya bersalin and dapat anak
4 ekor, Hureyyyyyyy ~   (bunga api masuk air)
tapi malangnya aku lambat nak post pasal kehadiran org baru tu kat blog awal2 so,
korang dapat tengok gambar anak-anak dia yang time dah ada bulu jer lah.

iklan jap ------
Hakim baru dapat anak kucing baru uols.



Btw, aku sebenarnya tak suka hamster jenis syrian ni,
aku suka campbell + winterwhite sebab ?
testis hamster syrian ni besar sangat, nampak terseret jer. Amat memalukan Grrrr..

So, aku nak plan tunggu anak hamster aku ni besar skit, and jual and beli baru ~
yeayyy, tuan yang kejam hahax . (gelak action kamen)
then, tunggu new year ni akak aku balik and bgtau dia,
mybe mula2 dia stuju tp tah-tah lepas dia tengok anak hamster tu terus tak jadi plak kang.

Sebut pasal anak hamster, ada 1 hari tu aku balik dari sekolah, time tu nak gi mandi,
tiba-tiba ternampak hamster aku dalam bilik mandi, pergh !
Tak jadi nak mandi terus !
Cepat-cepat tangkap dia and aku tengok sangkar terbukak  kot !
Terkozot gilooo,
Kelam nak cari sekor-sekor, lastly lagi sekor xdapat cari,
malam tu dapat jugak, dia nyorok belakang almari tv,
dia kuar sendiri kelamkabut tangkap.
Lawok giler time tu, yang paling aktif and gebu lak tuh !
 Okay, aku berenti kat sini jelah.
Sorry guys, homework banyak,
tinggalkan korang dengan pic hamster aku yang gila ni. Tc

Adios.






Ini la ibu dia




berusaha melepaskan diri



ini lah ayah dia 

time beberapa minggu kemudian.





Korang ingat senang nak jaga 4 eko ni? Macam-macam perangai kot.



Thursday, 27 December 2012

- Perasaan

Salam, hai , im here for you. Or you here for me ?

Humm, kadang-kadang aku rasa macam aku ni terlampau barharap
pada orang lain,
sehingga ia menyakitkan diri sendiri.
Ramai memberi kan kata hikmah,
tetapi aku ketepikan.
Aku terlalu bahagia dengan perasaan ini.

Sehingga suatu hari aku mengetahui sesuatu,
aku rasa tak percaya, even ia didepan masa, dan secara aslinya.
Keasyikan perasaan ni membuatkan hati terguris, 
jantung berdegup kencang, sewaktu mengetahui perkara itu,
tangan menggeletar.
Apakah perasaan ini ?

Mungkin kerana aku terlampau percaya,
terlampau berharap,
terlampau sayang,
terlampau semuanya,
hati ku luluh. Sakit yang ku rasakan ini susah untuk diungkapkan.

Aku terlampau sayangkan dia sehingga memakan diri ini.
Aku sayangkan dia lain daripada perasaan yang wujud 
untuk orang yang sebelum dia. 
Perasaan ini sukar diungkapkan, 

Kerana pertemuan itu,
kerana mata ini, hati ini yang terpaut padanya.
membuatkan aku sayang padanya.
Aku tahu, dia tidak seperti perasaan yang ku alami.
Perasaannya padaku hanya biasa sahaja.
sedangkan aku bagai beria-ria mahu sayang ini berbalas.

Aku silap, aku terlampau mempercayai orang.
Tetapi hati ini, sukar untuk menyingkirkan sayangku padanya.
hati ini tetap mahu padanya.

Kalau dulu, lepas saja bekas ucap kata putus,
senang aku bergembira dengan orang lain.
Senang juga menelan sebutir nasi.

Tetapi mengapa dengan dia,
Sebutir nasi pun sukar ku telan,
dan kerap mengingati pergaduhan itu.

Apakah aku terlalu baik kerana memaafkan seseorang begitu sahaja?
tidakkan aku takut apabila perkara sama diulangi olehnya kedua kalinya?
Semua itu tidak ku fikirkan kerana percaya dan sayang.
Kesalahan ku kerana terlalu menyayangimu sehingga meragut hati ini.

Aku terlalu berharap dan terlalu sayang, ia punca hati aku cepat tersentuh.



adios.


Monday, 10 December 2012

- But Why?



Salam, hye there.
Wanna story something.

10.35p.m.
Malam tadi  kau dan aku datang dekat 1 event  ni
Besar la juga.  Tapi kita duduk kat teratak.
So, kita sembang-sembang, sweet je waktu tu
Then kau suap kan aku kek, coklat.
Rasa time tu malam tu kita yang punya.

Tiba-tiba ada sorang girl ni datang kat teratak kita.
Dia tegur you, then you chat gan dia sampai you abaikan i.
I terdiam sorang-sorang kat situ,
you manja-manja dengan dia, you dekat-dekat dengan dia,
tapi i hanya mampu diam. Hati i sakit, hati i rasa amat terluka time tu.

Then, ada sorang lelaki handsome datang,
dia tegur i, i sambut dengan senyuman,
dia duduk depan i, sembang-sembang,
then you jeling i.
automatik i terdiam. Then, lelaki tu pegang tangan i,
and kiss tangan i. I terdiam and i tarik tangan i balik.

Dia pandang muka i dengan penuh mengharap.
I gelak and dia pun gelak balik.
then i nampak you cubit pp girl tu, time tu i rasa tak terdaya nak lihat dah.
then laki tu ajak i gi kat 1 teratak ni.
I ikut dia, tapi dalam hati i, i tana tinggalkan you. Tapi you happy dengan girl tu kan.
Tapi i ikutkan kemahuan lelaki tu.

Masa i sembang dengan laki tu, dia ambil crayon and tulis dekat kertas,
dia lekat kertas tu kat dahi i,
i ambil and baca,
"iloveyou, i tulis dekat sebab i nak dekat dengan you and dari 1st i
nampak you, i suka you, i akan jaga hati you dengan baik"
I terdiam, i terkedu.
"mybe you perlukan waktu, i pergi toilet dulu, sayang"
I tau dia perlukan jawapan dengan segera, tapi i tergamam, taktau nak cakap apa.

Time i tengah tengok nota tu,
tibatiba you datang dekat i,
you hug pinggang i dari belakang, and letak kepala you kat bahu i. i terkejut.
and you says "please, i need you, jangan hiraukan dia"
I terdiam, but hati i happy. Tapi i teringat pasal girl tu.
I pegang tangan you, and i senyum even hati i sakit sangat.
Lelaki tu datang sambil pegang coklat then terus dia pergi dengan hati yang hiba.

Tiba-tiba
i terus terbangun.
Mimpi rupanya. I check hp, you texting i.
Then, hati i pun terdiam.
I nak story pasal ni kat you tapi bila i fikir,
hubungan kita dah takder apa-apa.
I tutup muka dengan tapak tangan,
I kena terima semua ni, but why sampai termimpi cam ni. and why you cari i time you perlu je ?
And why you pergi kat girl tu? And lepas dia tinggalkan you, apsal you cari i ?
Mybe you anggap i patung.
Mybe i patut pilih lelaki tu tapi hati i tak mahukannya.


Adios.





Saturday, 8 December 2012

- Kesadisan

Hi dear followers and Asalamualaikum to muslim.
Okay ada 2 org mamat ni dari dulu asyik duk minta no fon.
Aku puns dengan keberatan bagi la
0123456789 tapi yang peliknya dia cakap
"okayy, nanti saya call awak"

Aku puun okayy jela.
yang peliknya dia tak expect langsung tu turutan no.
Ehh ?
tapi aku diam jela. Esoknya dia chat lagi.
"apsal saya call tak dapat ni"
esoknya lagi dia chat lagi.
"kenapa bagi no tak masuk akal"

Eh ? Baru perasan ke ? Haha.
btw, kalau nak minta no fon orang bukan camtu caranya.
Belajar lagi k.
Btw, budak, jangan panggil aku "cyg" tiba-tiba.
Dah la aku tak kenal kau. Jijik k.

Adios.

Tuesday, 20 November 2012

Change

Salam, hi dear followers and bloggers.

Okay, dah lama aku tak posting benda yang berkaitan dengan diri
aku rite ?

Humm,
selama aku couple dengan dia, aku happy je.
tak de simpan dalam hati or what.

Dut sejak kebelakangan ni, dia busy.
yeah, aku faham, musim cuti mesti budak sekolah cari kerja part time rite?
sama lah cam dia.
Tapi, tah la, sejak kebelakangan ni, kita dah tak msg cam biasa.
You busy, i tak boleh ganggu.
I pula sorang2. Rasa tah la, rasa ditinggalkan,
dibiarkan sorang2. Dapat msg pun kejap.
Rasa ada tapi macam takda.
Bila msg pun mula-mula okay, bila akhir, mesti gaduh.
Dah tak macam dulu.


I tak boleh nak salahkan sesiapa,
memang you kena kerja, i tak boleh halang.
I rasa bosan, sunyi, tah la.
Then, asyik chat dengan dak lelaki lain kat fb,
Kadang-kadang terlintas juga, aku ni asyik chat dengan lelaki lain,
tapi bf sendiri tak pun.
Nak offline, taktau nak buat apa.
Chat pun macam nak taknak, then diaorang fikir aku
sombong. Humm, kena pangkat tuh memang best la kan.

Then, tengah malam ada je yang duk kacau aku tidur.
calling2 bagai. Bila tak angkat bising.
Nak taknak angkat jela. Diaorang sembang bukan main, aku juz
"ouh, haha, hmm"
Sorry kawan, aku takder benda nak share dengan korang.
Lagi-lagi yang dapat freecall tuh. Youall call aku, memang aku
duk dengar korang membebel adalah.

Bangun pagi, biasanya kita wish
"good morning"
tapi sekarang ni dah tak kan ?
Hmm, i miss that moment.

Bila ada situasi cam ni tringat kat ex dulu,
berlaku macam nilah, masing-masing busy,
last-last clash cuz dia cakap kita dah macam kawan
and dah takda apa-apa. Msg pun tak dah, for what kita couple.
and then masing-masing ikut haluan masing-masing.

Aku taknak berlaku macam ni. Cuz aku sayang dia.
But, nak buat macam mana, aku terus menunggu dia.
Terpulanglah kat dia sekarang.


                                                        no heart