Thursday 27 December 2012

- Perasaan

Salam, hai , im here for you. Or you here for me ?

Humm, kadang-kadang aku rasa macam aku ni terlampau barharap
pada orang lain,
sehingga ia menyakitkan diri sendiri.
Ramai memberi kan kata hikmah,
tetapi aku ketepikan.
Aku terlalu bahagia dengan perasaan ini.

Sehingga suatu hari aku mengetahui sesuatu,
aku rasa tak percaya, even ia didepan masa, dan secara aslinya.
Keasyikan perasaan ni membuatkan hati terguris, 
jantung berdegup kencang, sewaktu mengetahui perkara itu,
tangan menggeletar.
Apakah perasaan ini ?

Mungkin kerana aku terlampau percaya,
terlampau berharap,
terlampau sayang,
terlampau semuanya,
hati ku luluh. Sakit yang ku rasakan ini susah untuk diungkapkan.

Aku terlampau sayangkan dia sehingga memakan diri ini.
Aku sayangkan dia lain daripada perasaan yang wujud 
untuk orang yang sebelum dia. 
Perasaan ini sukar diungkapkan, 

Kerana pertemuan itu,
kerana mata ini, hati ini yang terpaut padanya.
membuatkan aku sayang padanya.
Aku tahu, dia tidak seperti perasaan yang ku alami.
Perasaannya padaku hanya biasa sahaja.
sedangkan aku bagai beria-ria mahu sayang ini berbalas.

Aku silap, aku terlampau mempercayai orang.
Tetapi hati ini, sukar untuk menyingkirkan sayangku padanya.
hati ini tetap mahu padanya.

Kalau dulu, lepas saja bekas ucap kata putus,
senang aku bergembira dengan orang lain.
Senang juga menelan sebutir nasi.

Tetapi mengapa dengan dia,
Sebutir nasi pun sukar ku telan,
dan kerap mengingati pergaduhan itu.

Apakah aku terlalu baik kerana memaafkan seseorang begitu sahaja?
tidakkan aku takut apabila perkara sama diulangi olehnya kedua kalinya?
Semua itu tidak ku fikirkan kerana percaya dan sayang.
Kesalahan ku kerana terlalu menyayangimu sehingga meragut hati ini.

Aku terlalu berharap dan terlalu sayang, ia punca hati aku cepat tersentuh.



adios.


No comments:

Post a Comment