Sunday 15 December 2013

Shasha.

Pagi ini.
Aku Terjaga dari mimpi.
Suatu mimpi yang pelik.
Tak pernah berlaku sebelum ini.
Rakanku yang sakit sedang cuba bertahan disana.
Aku terhalang.
Dari segi pengangkutan aku tiada.

Pagi ini aku menangis.
Terus menangis.
Berjujuran air mata aku.
Pertama kali.

Aku mimpi dia memelukku.
Dia bisikkan yang dia baik baik sahaja.
Namun jasadnya lemah.
Dia memandang di lain arah dan terus menangis.
Disaat itu,
Aku lemah,
Aku turut menangis.

Tanpa sedar, dalam dunia nyata,
aku tetap menangis.
Dari situ aku terjaga.
Aku mengimbau mimpi itu.

Aku rindu Shasha.
Berjujuran kembali air mataku.
Bergegas mengambil telefon bimbit.
Aku tanyakan khabar dia kepada Zaki.

Dia tenang.
Alhamdulillah.
Pagi ini juga aku menghantar pesanan kepada dia.

Walaupun aku tak dapat menemuimu ketika engkau sakit.
Namun hati aku.
Dan Dia menemukan kita dalam mimpi.

Cepat.
Cepatlah sembuh wahai sahabat.
Aku rindui kamu.

Adios.