KEINDAHAN ISLAM…
(Dahulu, kini, nanti)
I.
Dahulu… saat indah zaman nubuwwah
Di kanan iman, di kiri ukhwah Di tapak…
kebersihan hati Di puncak… kecanggihan teknologi
Lahir ulama yang takutkan Allah Muncul umara yang cintakan ummah Islam itu indah…
kerana Allah itu indah
Makmurnya watan ketika itu Bila ditunjangi sikaya yang syukur
Diimbangi oleh simiskin yang sabar
Dilimpahi barakah peniaga yang jujur Dibantu oleh doa siabid yang makbul Islam itu indah…
kerana Allah itu indah
Lalu keindahan Islam pun kembara dari Makkah ke Madinah Menuju Asia, Afrika dan Eropah Jelajah serata benua Menaungi seluruh buana Keadilan, keamanan, kemakmuran dinikmati bersama Islam itu indah…
kerana Allah itu indah
Ketika itu peribadi umat dihias mahmudah Di asas ‘lil Lah’ padulah keikhlasan
Gerak kerja cekap dan berkesan Kukuh seluruh sepenuh itqan
Tiada yang sambil lewa Tidak ada tempat bagi yang alpa Seluruh, sepenuh, siap siaga Islam itu indah…
kerana Allah itu indah
II.
Kini… Marilah kita cipta kembali sejarah Bukan sekadar mengimbau dan memuja Tetapi dengan merancang dan berusaha Hidup kita itulah kembaranya
Langkah kita itulah destinasinya Membina TAQWA dengan yang Esa
Melahirkan AKHLAK sesama manusia Menjana ITQAN di dalam kerja Islam itu indah…
kerana Allah indah
III.
Nanti…
Pastikan terukir kembali Keindahan Islam yang sejati Bukan lagi mimpi, bukan lagi teori
Tapi kenyataan yang hakiki
Bila kerendahan hati seorang abdillah
Disepadukan keperkasaan jiwa seorang khalifah
Tunggulah masanya Ia pasti serlah Islam itu indah…
kerana Allah itu indah
No comments:
Post a Comment