Tuesday, 29 March 2022

Tersirat

 Aku sedih ya Allah.

Macam macam yang menimpa diri ini.

Benar aku bahagia. Bahagia sangat lepas berkahwin. Tapi ada beban yang aku tanggung dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang.

Beban perasaan. Beban tanggungjawab. Beban hutang. Beban zahir dan batin. 

Tiada seorang pun yang mampu lihat apa dalam hati ini. Apa yang aku rasa. Aku pendam sendiri.

Aku pernah menangis di tengah malam. Memikirkan hati dan masa depan aku, aku terlampau fikir apa yang bakal aku tempuhi. Aku takut untuk mara kehadapan. Tapi kita hidup harus kuat baru tiada yang akan pijak kita.

Ada yang seperti membantu tetapi dia persoal semua yang dia bantu. Dia merasa aku seolah beban kepadanya. Aku tak minta untuk keadaan seperti ini. Aku tak minta nak menyusahkan orang. Aku sedih, aku buntu sangat. Ibarat duduk di negara orang. Takut nak pergi mana mana. Buat ini salah, buat itu salah.


Bantu aku ya Allah.

Aku tak nak menyusahkan orang lagi.





Friday, 11 September 2020

Harapan


 Sejak aku kenal dengan dia.

Satu yang aku perasan, hati dia kosong. Dan dia perlukan sokongan. 

Dia orang yang baik, tak pernah mengeluh, selalu bersangka baik, selalu push diri utk jadi lebih baik, bangkit usaha bila jatuh, ingin melihat orang yang dia sayang bahagia dan tak sakit, cuba memenuhi permintaan orang yang dia sayang, hormat ibubapa, selalu berpesan sabar.

Tapi satu, dia tak cuba untuk bahagiakan diri dia. 

Since i met him, aku nak dia percaya yang dia boleh bahagia, boleh gapai impian dia. Aku nak dia rasa kebahagiaan untuk diri sendiri, aku nak dia tahu dia boleh buat semua benda, build his confidence. 

Bila dia dengan aku, aku nampak kat mata dia yang dia bahagia sangat. Tu kadang2 aku senyum tengok mata dia. Even tengah makan. 

Aku harap aku blh jadi pemangkin untuk dia berjaya, dan aku akan cuba sebaik mungkin untuk balas jasa dia kat aku. 

He treat me so right and handle me with care. Tq syazwan alif 🌸


Thursday, 3 September 2020

Dua puluh pat

 Asalamualaikum semua.

Lama tak bersua muka di sini. Aku pun dah semakin tua. Dah kurang menulis di blog, kalau dulu ini la tempat aku merepek, meluah dan menceritakan keperitan hidup aku. 

Ia, seperti diari. Tapi jarang aku tunjukkan keindahan hidup, banyak kesakitan, dan keperitan. 

Bagaimana ya kehidupan kawan-kawan lama ku sekarang? Makin lama, makin ramai yang mendirikan rumah tangga, dan mempunyai anak. Setiap orang punyai jalan cerita tersendiri, jangan gopoh dalam membuat keputusan. Kita semakin dewasa, bukan remaja lagi. 

Macam mana pun kehidupan kamu semua, saya disini, mendoakan agar sentiasa bahagia dan selamat dunia akhirat. 

Aku disini alhamdulillah sihat. Dan bahagia dgn pasangan yang aku sayangi. Walaupun dia jauh di kedah sana, tapi aku sikit pun tak mengeluh penat menunggu, sebaliknya tanamkan rasa rindu dan setia. 

Aku disini penuh rasa syukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada aku. Nikmat punyai ibu bapa yang penyayang, mampu miliki kereta mini sendiri, punyai kerja yang sederhana, punyai pasangan yang memahami serta padu jiwanya. 

Jika dilihat perbezaan zaman dahulu ku dgn sekarang jauh sangat berbezanya. Tak lupa kepada mereka yang aku sakiti baik kawan kawan atau bekas kekasih, aku disini ingin meminta maaf kepada semua atas kesalahan dan kekhilafan diri ini. Aku memaafkan kalian. 

Malam ni, hujan renyai, rasa selesa dan aman sekali. Dalam hati rindu orang yang jauh. 




*gambar waktu masuk hospital sebabkan alergy habuk. 





Saturday, 3 June 2017

Kesalahan aku

Semakin lama kita kat dunia ni,
Semakin banyak cabaran. Semakin tinggi pesaing dan musuh.
Baiklah, aku cuba nak ceritakan apa yang aku lalui masa kat kolej dulu
Tapi risau ada entiti yang baca posting ni.

1st of all aku nak minta maaf kat semua yang pernah hadir dalam hidup ni.
Elok je kaki ni melangkah ke alam university/kolej, memacam belajar.
Hidup dengan manusia itu ini, cara itu ini, baik buruk campur, memacam.

Aku tak berapa ingat sangat pasal story orang tua tu, tapi aku cuba story kan lah balik.
Time tu semua prang pergi kem, under kesatria. Yang jaga kteorg semua ni under JPAM.
Ada la sorang mamat JPAM ni, dia ni banyak buat hal dia je berbanding layan student.
Aku tak tahu kenapa time tu terdetik rasa nak usik perasaan dia.

Memula memang la tak kenal. Then dalam group, kteorang semua ada and org JPAM
pun semua ada. Aku check satu satu nama dia. Ok jumpa.
Letak tepi. Aku dengar si Ami chat dengan aduh aku lupa nama laki tu apa.
Then aku saje la cakap dengan Ami ke Miena ke Abel ke sape tah,
Aku cakap "korang, aku nak test la ayat jiwang aku ni still berbisa ke tak.
Yela lama dah tak asah. Last form 2 dulu 😂"
Diaorang kata "ok, tapi kat sapa?"
"Ada sorang mamat JPAM ni, aku lama perati dia ni banyak sorang. Acah kesepian. Pui.
Nak try tak?"
Time tu setan lak jentik aku suh pi try.
Malam tu aku chat cam biasa. Kenal diri apa semua. Dia balas dengan mesra. Okay.
Then, dah lelama chat, aku pun try la cucuk sikit-sikit.
Time tu aku tak busy lagi buat esaimen account. So ada masa lagi la.
Tengah sedap cucuk, esok nya aku try pancing sikit perasaan dia.
Sikit je aku cakap, tetiba dia kata "erm jgn la cari org lain. Sy kan ada"
Wuuuuu, kena dah ni. Member bilik pulak kata weh cepat kit laa nak tengok.
Then ayat kasi bunga tabur tabur jaa.
Makin lama dia makin suka pula. Tapi dia tak luah.
Tak berani kot. Aku saja kata kat dia masa kat kem aku ada usha dia.
Usha dari jauh. Dia blushing abis.
Then, aku saja kata "rindu pula nak jumpa"
Then dia kata set time, kita jumpa yaa syg.
Pehhhhhh, ni dah kena ni. Hehehehhe. (Eh masa ni mmg aku anggap kawan je. Tak declare apa ya)

Aku ada cite pasal ni kat ex bf aku, ex bf aku lak
"Hahaa, takpe usik jela. Dah dapat duit jgn lupa hulur"
Hahahahaha memasing jilake perangai 😂
Then, aku teruskan la.
Ada satu masa ni, aku tengah text ex aku, tengah borak2 pastu ex aku kata nak call.
Gayut ah, tapi tak ckp banyak pun. Dia nyanyi, pastu kutuk2 lagu aku pasang je.
Time tu pulak tetiba org tua tu call pulakkkkkk!!
Aku dah kelam kabut. Tunjuk kat syifaa and miena pasal ni.
Deme kata "ehh, tutup call bf kau cepat"
Aku cakap aku nak gi tandas jap. Pastu elok je tutup terus aku angkat call
Hahahahahhaha. Dia kemain mesra manja suara aduh leleh je hati dengar.
Aku buat loud speaker. Member aku gelak2 dengar.
Dia tak abis kata rindu la apa la. Aku pula kata "ha tak pa nanti jumpa ok"
Tapi tak jumpa pun. Koh koh.
Dia pernah merajuk tahap gaban ah. Dia senyap je aku ws, aku text, aku call, buat tak tahu je
Pastu last last dia angkay call, senyap. Aku dah la xreti pujuk.
Dia paksa aku pujuk. Err. Aku pujuk mcm pujuk member hahahah.
Tapi dia layan je laa. Pastu dia kata dia tgh duty, so blh text jep.
Text la cem biasa.

Okay masa aku balik perak.
Ada pernah dia menyatakan dia nak kawen dengan aku. Aku dah gelabah kau.
Aduh acano ni.
Aku cakap family x bagi. Kecik lagi. Hahaha!
Then dia citer pasal ex dia apa semua. Aku cam kesian kat dia.
Rasa serba salah aku buat dia centu. Ni kalau aku blah, mesti dia murung gila.
Watak dah main, tapi nak blah centu je tak blh.
Kena by step.
Ada pernah satu hari tu, aku letak pic aku dengan ipan kat wechat.
Kemain mengamuk dia. "Oh dah ada org lain. Patut la"
"Oh, kenapa tak cakap dah ada org lain"
"Dah ada saya pun nak couple dengan org lain"
Terkejut aku dengar. Wtf bila aku couple dengan ipan? And dengan kau??
Weh, kita tak declare apa apa pun.
Pastu gaduh besar pula pasal tu.
Aku up moment ckp perangai bebudak la apa semua.
Then dia reply moment aku mcm nk gaduh lg,
Gais, dia memang tak tahu time tu ada dah ada bf.

Ada satu hari ni aku gaduh besar dengan dia. Pasal apa tah.
Then, lama tak contact dia. Then aku jalan2 kat pasar masjid tanah.
Dia ternampak aku kot? Aku tak perasan dia pun.
Dia msg aku "awk kat pasar malam ya. Saya nampak awak."
Aku lak "eh yeke. Sy tak nampak awk pun"
Dia "awk nampak org handsome je"
Erm. Aku pun dalam hati betul juga. Heheeeee..

Lepas tu kteorg kerap chat balik. Then aku cari dia bila bosan je.
Kira pelepas sepi gituuu.
Hari berganti hari.
Sehingga la ada exam kesat.
Aku dah la tak beli buku JPAM tu. So tak tau apa2.
Aku ayat dia suh dia bagi jawapan.
Pastu dia kata ok malam ni sy bagi.
Dia bagi banyak jawpan. Tapi aku tak sempat tulis.
Duh sian aku weh hahahaha.
Malam tu, turun kat hall nak jawap exam.
Aku tengah main tolak2 zaki, boleh pula zaki terkeluar dari bilik tu.
Pintu terbuka, aku ternampak dia.
Weh seb baik dia tgh main hp. Dia chat aku.
"Sy dah sanpai"
Whattt?! Aku tak tau pun dia yang jaga exam kteorg. Haaa makin senang ler kerja aku.
Thenn, satu row tu baris budak bilik aku. Dyrg duk berdehem kat aku masa dia passing
Paper. Aku sengih bermakna. Hahahahahaha!
Dalam hati penuh dengan aku lulus, aku lulus. Hahahahaha
Banyak soalan aku tak blh jawab.
Bila dia lalu, aku tanya "awk, ni mcm mana."
Dia tgk paper aku, dia tanda kan abc hahahahahahahah!!
Pastu dia jalan balik hihihi.
Syifaa lak "weh bagi la aku jawapan tu!"
Aku pun tunjuk2 sesikit hehh.
Passing kat lain juga hehehe. Makan lauk share.
Dah tu. Subjektif pula aku tak tahu. Aku tgk dia banyak round kat laki pulakkk.
Ishh, tunggu lelama. Then dia nampak aku tgk dia.
Dia nak dtg kat aku, tetiba Ami panggil. Wtf.
Shitttttt hahahahhahahah!
Dia kata jap ya.
Aku pun erm. K.
Hahahahaahhaha
Then dia datang bagi full jawapan. Pehh aku tak pernah lega macam ni la weh.
Sengihhh je aku hahahahahaha..!!
Budak bilik duk kata "babi, bawak toyol hidup senang ah cite"
Hahahahahahahhahahahaha!!
Masa nak abis tu, karangan aku tak reti hahahaha!
Weh ingat aku ni rajin ke nak baca buku JPAM?
Memang tak okayyyy!
Haf dah bangun nak hanta kertas. Dia duduk depan aku tgk aku jawap.
Aku kata.
Sy tak reti ni....
Dia kata tulis apa awak tahu pastu letak nama saya ya . Hihihi.
Pastu dia sengih manis kat aku. Pegh tetiba rasa lain.
Aku pula terpancing ke apa ni.
Then aku tulis je apa apa hehe. Then dia ambik kertas aku dia senyum.

Cair pula hati aku. Gila. Lesung pipit dia peh.

After exam, dah takde keperluan aku nak chat dia dah (aku rasa)
Aku makin lama makin hilang. Dia pelik. Dia sedih. Aku kataa aku nak focus study.
Kesian dia weh hmm..

Pastu aku ada gaduh dengan dia. Dia pun marah2 aku.
Akhir skali dia kata "sya uji awak sbb nak jadikan awak isteri saya tapi saya tgk awak social sgt"
Tu baik lagi. Last last dia marah sbb aku ckp kita tak pernah declare pun. Dia labtang
Keluarkan kenarahan dia. Dia dah start maki maki apa semua.
Lagi la aku tak nak. Hahahahah
Then dia ada citer gak kisah silam dia yang buat aku terduduk. Erm.
Lepas tu aku delete dia kat wechat, dia ws aku. Aku minta maaf apa semua. Dia kata dia xnak maafkan .
Hmmm. Aku block ws and fesbuk dia.

Maafkan aku. Aku tak sepatutnya mainkan hati kau.
Kau baik, handsome, boleh cari yang lagi baik dari aku.

Mungkin aku pernah merasa bahagia sementara dengan kau,
Tapi bila aku lihat kau maki aku, buat aku meluat dengan kau..


Alasanmu-exist


-adios.






















Mimpi buruk

Korang pernah mimpi buruk? Semua orang pernah.
Btw asalamualaikum. Maaf kerana lama menyepi.
Dah berapa tahun tah aku tak menulis di dada blog ni.
Baiklah, disini aku bukan la nak bebel macam mana aku bebel merepek
Mcm dulu.
Aku sekarang dalam mood bahagia sangat, yela dengan orang tersayang.
Mostly yang follow laman social aku tahu siapa pujaan hati aku.
Tengah-tengah syok kemudi kapal, tetiba kapal dilanda satu ombak yang
Boleh tahan agak besar. (Ada yang anggap kecil) so memana pun boleh.

Aku tak tahu la kenapa pg td aku tidur, aku mimpi buruk pasal hubungan aku
Dan dia. Aku sayang sangat kat bf aku tu weh.
Sikit pun tak pernah curang.
Di uji dalam mimpi tu aku curang dengan laki lain.
Tengah syok date tetiba lelaki tu tunjuk kat bf aku sambil cakap dengan aku
"Tu ex syg". Aku nampak weh bf aku menangis nampak aku curang.
Aku lari kat dia, dengan berbaju kurung bagai. (Wtf pakai baju kurung
Pegi mall) tapi aku kejar juga. Aku menangis kat bf aku tu.
Bf aku menangis and dia tolak-tolak tangan aku dan cakap "jangan dekat dengan aku aisha"
Aku terus sebak and terjaga dari mimpi.
Aku menangis sepuas. Tak boleh bayang kalau orang yang kita sayang,
Kita sanggup buat dia terluka macam tu.
Kenapa ya aku mimpi macam tu?
Ada benda tak baik ke? Or benda tu dari masa depan ke?
Semoga apa yang aku sangka kan ni tak betul.

Aku try tanya bf aku pasal ni tapi.......
Dia malah menakutkan aku lagi.
Aku ingatkan dia nak pujuk or tenangkan aku.
Lagi dia menyakitkan hati aku ada lah.
Then dia kait kan dengan hal semalam yang kitaorang gaduh.
Point semua salah aku.
Hmmm, aku dah pasrah habis.
"Syg akan pertahan kan . Biasa la kalau ada gaduh. Org kawen pun gaduh. Tapi kalau dah jodoh abiy dgn org lain, syg tak blh nak buat apa kan. Iloveyou too. Take care."
Then dia kata aku macam nak lepaskan dia.
Memang lagi sakit la hati aku ni.
Aku malas layan dia dah. Yela, semua benda tak kena.
Nak minta simpati pun tak kena, nak manja pun tak kena.
Baik aku diam.

Dah la semalam aku terasa. Pujuk pun tak.
Pagi ni mimpi buruk, ingat dia nak pujuk.
Tak juga. Lepasni tak payah nak harap lebih la kalau sakit hati,
Pujuk diri sendiri ja. Mengharap orang, lagi dia sakitkan hati ada lah.
Ni jakgi jumpa kalau terasa lagi, makan hati la lagi. Hmm.

Sedihnya 😔



-adios

Thursday, 4 May 2017

Dia

Dulu, aku cuba mencari seseorang yang akan berjaya memahami aku,
Dan aku fikir ia hanya mimpi untuk mempeloh insan yang sempurna di samping aku.

Monday, 17 March 2014

Hospital










Salam. Hyep.
Dah lama pula tak bebel kat blog ni.
Dah bersawang berhabuk berlipan bersawit bersiut dah blog ni.
Rabu lepas miss jpj sebab masuk wad. Cam siak kena bayar RM30 nanti kat orang tuh.
Rabu ni jela buat jpj. Insyallah boleh huahua.

Esok hari apa ?
Ada  sesape ingat tak esok hari apa?
Ouh, esok hari Selasa.
Itu fikiran mereka yang langsung tak ingat tentang aku.
Sedih k, sedih.
Esok Birthday aku k. Mohon bagi  hadiah *mata blink blink.

Hati ini sebenarnya teringin Iphong.
Tak nok 4s. Nak Iphone 5s k.
Baru cam dia the best.
So sesiapa yang kaya raya tu post la ea. Clone pun tak po.
Clone cam tak lawa pulaks.

Wah, teringat tahun lepas time birthday cikgu panggil atas pentas
makan kek. Gangster sch suap k. Haha.
Tapi tahun ni kena suap sendiri kot.

Aku harap cepat lah sembuh sakit bawah dagu ni.
Pedih gak bila tengok kesan kena jahit ni seram pula.
Ouh, nak citer ke pasal kat hospital aritu ? LOL

Dipetang hari yang panas dan terik di sertai tekak yang kering, (sebab kena
puasa sebelum operation)
Aku dikejutkan diterkedukan digegarkan dengan panggilan nurse tu.
"Dik, tukar baju sekarang ea"
And nurse tu bagi baju colour putih yang jarang bak hangg.
Segan cek. nasib baik ada selimut yang cover atas badan and topi macam
topi mandi tuu.
masa dia sorong bawak masuk bilik tu aku tengok ramai nurse yang pakai baju colour
hijau and pakai topi tu juga.

Debaran makin terasa la bila doktor tu tanya aku.
"Ni last saya nak rasa ketulan tu nanti masuk bilik ea."
Then, doctor bius datang and bagi kata kata semangat untuk aku hoho.

Time dah masuk tu terkejut juga tengok mesin aptah yang besar macam transformer tu haha.
then masuk ubat kat jarum  tangan. Tak guna betui makcik tu, dia press kuat and laju.
rasa nak tampar je. Bila doct bius cina tu yang bagi ubat elok je perlahan lahan.
Tak der la rasa sakit tu terasa sangat .
Lepas je aku sedut ubat bius tu, terasa mata dah tak tentu arah and terpejam tanpa aku sedar.

Sedar je aku dah kena operate and kat bilik penenang tu.
Dengan oksigen yang dia bekalkan aku bernafas.
tiba tiba tangan tak boleh gerak, nak panggil orang tu tak boleh.
Muntah dah penuh kat mulut. Then aku termuntah terus kat tepi.
Kelam kabut nurse tu.
terus aku tertidur balik.
Badan terasa amat lemah. Tak bermaya. Sekujur badan kaku di atas katil.
Tak lama lepas tu dia sorong balik pergi katil aku.

Aku diam tak bermaya. Suara memang tak keluar kalau nak cakap dengan ma.
Sejam time operation tu.
Malam tu aku cuit ma. Lepas tu aku minta ma ambilkan hp.
Aku lihat Zaki yang banyak tanya pasal aku.
banyak msg masuk. Thanks beb sebab care pasal aku. Lagi lagi time aku sakit ni.
Then aku taip something kat notes.
"Adik takleh cakap.
Adik sayang ma"
Terus ma dakap badan yang lemah ni.
menitis air mata ma yang membuatkan airmata aku menitis jua.
Saat itu, baru aku sedar betapa kasih dan sayang nya ibu terhadap anaknya.
teringat juga kesalahan aku yang meragut hati ma.
kata kata yang buat ma sakit .
perlakuan yang buat ma terasa.
Maafkan adik, ma.

Malam tu ma suapkan air zam zam kat mulut. dapat telan sikit je.
Lepas tu mesti muntah sebab ubat bius tu.
banyak kali juga ah asyik muntah.
Esoknya slow slow boleh bangun.
Sian ma tak dapat tidur sebab jaga aku.
Sampai ma hampir pensan masa tolong aku.
Rasa bersalah pula.
Malam sebelum operate tu aku tetiba tak boleh tidur.
and tetiba nangis. Hmm. Sebab teringat dekat opah.
Cecepat ma pujuk . Hmm
Bila bab pujuk, aku rasa ma sorang je yang dapat pujuk aku dengan terbaik.
Dari kecil sampai sekarang.

Ouh, ramai tanya aku kenapa ea ?
Aku kena Tro Lymphoma.
Emm sejenis cancer kot ? Tah la.
Tahu pun sebab searching kat google.

Time sakit tu ada lah juga terfikir.
Nak bagitau yang lain ke tak eh.
Tapi ada member yang dah tahu. Ingatkan diorang bagi tahu yang lain
tapi tak -.,-
Sebelum keluar hosp, tetiba Zaki and Boboi datang.
Wah, thanks dude. Terharu gua.
Then lepas balik, petang tu Naim, Idin and Ika datang lawat.
Thanks Idin cuz sudi laburkan minyak kete demi melawat member kau nih.
Si idin pula perli perli Ika sebab Ika makan biskut Jacobs banyak haha.
Idin spoil ah.

Emm, kay lah.
Adios.